Joanna说:
Thank u for following me ^^ Feel free to leave me some message~ 谢谢你们,能认识你们真好!!!
Joanna の 信、望、爱: Adakah teknologi mengurangkan 'kemanusiaan' kami?

Wednesday, 5 October 2011

Adakah teknologi mengurangkan 'kemanusiaan' kami?

Hajar Yusof menjelajah kesan-kesan buruk teknologi. Adakah ia mengurangkan 'kemanusiaan' kami? 





Dalam artikel-artikel sebelum ini, saya sering mengalu-alukan penggunaan teknologi, terutama jika digunakan untuk sebab-sebab politik. Bagaimanapun dengan kenaikan alat-alat digital, mereka boleh juga membahayakan keadaan sosial pengguna-penggunanya. 

Kami telah menjadi secara semula jadi, responsif kepada suara-suara yang 'automatik'. Kami seolah-olah bergantung kepada enjin-enjin carian yang mempunyai semua jawapan tetapi tiada jiwa. Adakah penggunaan teknologi telah membuat kami kurang bersifat seperti manusia?

Menurut artikel Bill Keller “The Twitter Trap” dalam New York Times, kami memang menuju ke arah tersebut. Rangkaian sosial, menurutnya, menggantikan perbualan sebenar. Keupayaan kami untuk menjalin hubungan dan berbual seperti biasa dengan manusia telah sampai kepada tahap penurunan yang melampau.
 

Bagi kebanyakan orang dalam lingkungan usia saya, senarai perkara-perkara yang dibuat pada setiap hari adalah seperti berikut: buka dan semak Facebook, Twitter, E-mel. 'Log in', 'log off', klik kanan, klik kiri, menjarakkan dan 'Enter'. Sampainya pukul 12 tengahari, saya mungkin belum lagi berinteraksi dalam perbualan sebenar, sebaliknya saya telah bercakap dengan rakan-rakan saya menerusi Whatsapp.
 


Jadi, apa yang akan lebih membuat saya berasa lebih rugi- jika saya terpaksa mengalami satu hari tanpa suara saya, atau tanpa apa-apa interaksi dengan teknologi digital? Saya mengajukan soalan ini kepada beberapa rakan saya, dan kesemuanya menjawab 'teknologi'. “Saya pasti anda tahu jawapan saya,” menjawab seorang kawan. “Tiada internet seperti tiada oksigen,” kata seorang lagi. Terus terang, saya bersetuju dengan mereka.

Terutama pada zaman ini, di mana hampir semua interaksi ialah ditakrifkan secara digital, kami telah menyesuaikan diri untuk berkomunikasi melalui medium digital ini. Teknologi mempunyai sifat yang pelik yang mana kami berupaya berasa bersama dalam satu kelompok hanya dengan adanya sambungan Wifi yang berdekatan.

“Saya tidak pasti sama ada laman-laman web baru ini benar-benar 'sosial'' kata Keller. “Ada sesuatu yang palsu mengenai kemesraan di Facebook dan sesuatu yang maya tentang interaksi dalam Twitter.” Inovasi sedemikian, dia menerangkan, datang dengan satu harga. "Perkara-perkara yang kami meninggalkan, seperti kerumitan, kesabaran, kebijaksanaan, kemesraan — ini adalah perkara yang sebenarnya penting dalam kehidupan kami."

Bersetuju dengan kata-kata Keller, saya juga percaya yang teknologi telah menghakis elemen-elemen teras yang membentuk kami sebagai manusia. Teknologi-teknologi ini juga memencilkan kami dari satu sama lain, dengan mudah menghubungi kami kepada orang jauh namun ia merosakkan interaksi dengan orang yang di hadapan kami.

No comments:

Post a Comment

Feed me please~