Joanna说:
Thank u for following me ^^ Feel free to leave me some message~ 谢谢你们,能认识你们真好!!!
Joanna の 信、望、爱: September 2011

Friday, 30 September 2011

Kesalahan Umum Tatabahasa


1. Kesalahan dari Segi Kata

Kata Ganti Diri

1.      Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.


2.      Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
  • Ali dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
    Ali dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
  • Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
    Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3.      Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
  • Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
  • Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
  • Kucing ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
  • Kucing ini sakit. Kucing ini perlu dirawat. ( betul )
4.      Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
  • Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Siti kepada Mei Li. ( salah )
  • Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Siti kepada Mei Li. ( betul )
  • Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Azlan. ( salah )
  • Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Azlan. ( betul )
5.      Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
  • Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
  • Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih.      ( betul )
  • Buku-buku ini tebal. Mereka Siti baca. ( salah )
  • Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Siti baca. ( betul )
6.      Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
  • Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
  • Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
  • Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
  • Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )





Kata Bilangan

  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2.      Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.

salah

a. setengah orang

b. tiap murid

c. berbagai warna

d. kedua mempelai

betul       

a. setengah-setengah orang      

b. tiap-tiap murid      

c. berbagai-bagai warna      

d. kedua-dua mempelai


3.      Kata para tidak boleh diulang.
  • Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
  • Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4.      Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
  • dua setengah meter ( salah )
  • dua suku jam ( salah )
  • tiga setengah ringgit ( salah )
  • dua meter setengah ( betul )
  • dua jam suku ( betul )
  • tiga ringgit setengah ( betul )
                       





Feed me please~